Dinding Dikembalikan Kepada Perak

Published on :

16 Februari 1935 – Dinding dikembalikan kepada Perak setelah terpisah selama 109 tahun. Upacara penyerahan tersebut telah disaksikan oleh Sultan Iskandar Shah Ibni Al Marhum Al Sultan Idris dan Residen Geoffrey Gator pada 16 Februari 1935. Walaupun pada tahun 1926 Sultan Perak pernah membuat perjanjian dengan James Low tentang penyerahan Dinding kepada Inggeris, penglibatan Inggeris […]

Perasmian Keretapi Bukit Bendera

Published on :

  01 Januari 1924 – Pada hari ini dalam tahun 1924, Perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera, Pulau Pinang dirasmikan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Lawrence Nums Guillemard. Perkhidmatan keretapi Bukit Bendera memulakan perkhidmatannya pada 21 Oktober 1923 dan merupakan bukit yang pertama mempunyai stesen keretapi dengan ketinggian 830 meter dari aras laut. Kereta Api Bukit Bendera […]

Kesatuan Melayu Pulau Pinang Menyatakan Tentangan Terhadap Malayan Union

Published on :

24 Disember 1945 – Pada hari ini dalam tahun 1945, Kesatuan Melayu Pulau Pinang mengadakan mesyuarat bertujuan menyatakan pendirian menentang cadangan Kesatuan Malaya atau Malayan Union. Mesyuarat ini diadakan di Madrasah Mashhurul Islamiyah Pulau Pinang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Naib Yang DiPertua Kesatuan itu, iaitu Tuan Haji Ahmad bin Haji Yunus. Beberapa ahli Jawatankuasa Kesatuan […]

Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah Meminta Bantuan Perlindungan Dari Gabenor Jenerel India

Published on :

  24 Disember 1810 – Pada hari ini dalam tahun 1810, Baginda Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah telah meminta bantuan pihak kerajaan England bagi melindungi Kedah dari serangan Siam. Bantuan perlindungan tersebut dipinta menerusi sepucuk surat yang ditulis oleh Baginda Sultan dan ditujukan kepada Lord Minto, Gabenor Jeneral India. Melalui surat tersebut baginda […]

Jepun Mendarat Di Kota Bharu, Kelantan

Published on :

08 Disember 1941 – Pada hari ini dalam tahun 1941, tentera Jepun yang diketuai oleh Jeneral Takumi telah mendarat di Pantai Sabak di Kota Bharu, Kelantan. Dengan pendaratan ini bermulalah serangan Jepun ke atas Tanah Melayu. Tentera Inggeris di bawah pimpinan Brigadier Kay yang mengetuai ’28th Indian Infantry Brigade’ telah tewas di dalam usaha mempertahankan […]