Dinding Dikembalikan Kepada Perak

Published on :

16 Februari 1935 – Dinding dikembalikan kepada Perak setelah terpisah selama 109 tahun. Upacara penyerahan tersebut telah disaksikan oleh Sultan Iskandar Shah Ibni Al Marhum Al Sultan Idris dan Residen Geoffrey Gator pada 16 Februari 1935. Walaupun pada tahun 1926 Sultan Perak pernah membuat perjanjian dengan James Low tentang penyerahan Dinding kepada Inggeris, penglibatan Inggeris […]

Melaka Jatuh Ke Tangan Belanda

Published on :

  16 Januari 1641 –  Serangan berterusan Belanda di atas arahan Antonio Van Dieman iaitu Gabenor Jeneral Belanda di Betawi dengan bantuan Kerajaan Melayu Johor akhirnya membuahkan hasil apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda. Kejayaan itu juga menamatkan penaklukan Portugis ke atas Melaka semenjak tahun 1511. Jacop Koper dan Andriaan Antonisz yang mengetuai tentera Belanda […]

Perjanjian Johor-Belanda 1606

Published on :

17 Mei 1606 – Pada hari ini dalam tahun 1606, satu perjanjian persahabatan di antara Negeri Johor dengan Belanda (V.0.C.) ditandatangani. Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja Abdullah yang juga bergelar Raja Bongsu atau Raja Seberang bagi pihak Sultan Johor sementara Belanda diwakili oleh Admiral Cornelis Matelief de Jong, di atas sebuah kapal perang Belanda, Oranje. […]

Acheh Menyerang Batu Sawar, Johor

Published on :

07 Mei 1613 – Pada hari ini 7.5.1613, Sultan Acheh, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menyerang Batu Sawar, Johor. Serangan ini telah dilakukan kerana kerajaan Acheh tidak menyetujui persahabatan Johor dengan Portugis. Kecenderungan Sultan Johor, Sultan Alauddin Riayat Shah III untuk bersahabat dengan Portugis bermula sejak awal tahun 1610 lagi apabila seorang putera baginda […]

Laksamana Wijbrand Van Warwijck Tiba Di Johor

Published on :

03 Mei 1604 – Sejak jatuhnya Melaka pada Portugis pada 1511, pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kerajaan Melayu Melaka untuk mendapatkan semula Melaka daripada pihak Portugis. Kekuatan pasukan Portugis yang menggunakan peralatan moden menyukarkan pihak Kesultanan Melaka di bawah Sultan Alauddin. Pada hari ini 3 Mei 1604, Admiral Wijbrand Van Warwijck daripada Belanda tiba di […]