Perjanjian Pembekalan Air Ditandatangani (Johor-Singapura)

Published on :

29 September 1962 – Pada hari ini dalam tahun 1962, perjanjian untuk membekalkan air dari Sungai Johor ke Singapura telah ditandatangani di antara Kerajaan Johor dengan Majlis Bandaran Singapura. Dengan perjanjian ini, Kerajaan Johor memberikan hak untuk mendapatkan bekalan air selama 99 tahun kepada Singapura. Dengan perjanjian ini juga, Majlis Bandaran Singapura dibenarkan mendirikan loji […]

Istiadat Pemasyhuran Pindaan Undang-Undang Tubuh Perak

Published on :

27 September 1954 – Pada hari ini 27.9.1954, DYMM Sultan Perak Sultan Yussuf Izzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Radzialah telah berkenan melakukan istiadat pemasyhuran pindaan Undang-Undang Tubuh Perak. Istiadat tersebut berlangsung di Istana Iskandariah Kuala Kangsar dengan disaksikan oleh seramai 100 orang kaum kerabat Diraja, Pembesar-Pembesar Negeri, Ahli-Ahli Mesyuarat Negeri serta Konsul Muda […]

Pelancaran Tiungsat-1

Published on :

26 September 2000 – Pada hari ini dalam tahun 2000, Satelit Mikro pertama negara, TiungSAT-1 telah dilancarkan ke orbit pada jam 6.05 petang waktu Malaysia dari Pusat Pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakshtan. Satelit Mikro negara yang pertama ini dibina menerusi kerjasama teknikal antara Malaysia Astronautic Technology Sdn. Bhd. (ATSB), Bahagian Sains Angkasa (BAKSA), Jabatan Perdana Menteri; […]

Kerja-Kerja Pembinaan Stadium Merdeka Dimulakan

Published on :

25 September 1956 – Pada hari ini dalam tahun 1956, kerja-kerja pembinaan Stadium Merdeka telah dimulakan. Pembinaan stadium ini dilakukan atas desakan Persatuan Bola Sepak Selangor dan Persatuan Bola Sepak Malaya selepas Perang Dunia Kedua kerana stadium yang terdapat di Jalan Ampang tidak dapat digunakan lagi. Pada 15 September 1955, Jawatankuasa Perancangan Pembinaan Stadium diwujudkan […]

James Brooke Dilantik Sebagai ‘RAJAH Sarawak’

Published on :

24 September 1841 – Pada hari ini dalam tahun 1841, James Brooke telah diangkat menjadi pemerintah di Sarawak bergelar ‘Rajah Sarawak’ oleh Pangeran Muda Hashim, wakil Sultan Brunei di satu perhimpunan ramai di bandar Kuching, Sarawak. Pada hari itu juga Pengeran Muda Hashim telah memberikan kepada James Brooke satu perjanjian mengenai pertukaran pemerintahan Sarawak kepada […]