Dinding Dikembalikan Kepada Perak

Published on :

16 Februari 1935 – Dinding dikembalikan kepada Perak setelah terpisah selama 109 tahun. Upacara penyerahan tersebut telah disaksikan oleh Sultan Iskandar Shah Ibni Al Marhum Al Sultan Idris dan Residen Geoffrey Gator pada 16 Februari 1935. Walaupun pada tahun 1926 Sultan Perak pernah membuat perjanjian dengan James Low tentang penyerahan Dinding kepada Inggeris, penglibatan Inggeris […]

Penubuhan Perikatan Melayu Perak

Published on :

27 Januari 1946 – Perikatan Melayu Perak ditubuhkan untuk menentang penubuhan Malayan Union. Perikatan Melayu Perak telah mengadakan persidangan pada 17 Januari 1946 yang dihadiri hampir 2,000 orang termasuk putera-putera raja, pembesar negeri dan kakitangan kerajaan.     Mesyuarat tersebut telah melantik Dato’ Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz sebagai […]

Datuk Sagor Meninggal Dunia

Published on :

20 Januari 1877 – Perjanjian Pangkor yang ditandatangani oleh Sultan, pembesar-pembesar Perak dengan Inggeris dalam tahun 1874 telah membawa perubahan dan pergolakan politik yang serius di negeri tersebut. Kemuncak pergolakan ialah kematian Residen British yang pertama dihantar ke Perak J.W.W. Birch. Sebagai tindakbalas diatas peristiwa tersebut Inggeris telah melancarkan gerakan menangkap pahlawan-pahlawan Melayu yang terlibat […]

Perjanjian Pangkor Ditandatangani

Published on :

20 Januari 1874 – Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874 antara Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak bersama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato’ Sagor. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris […]

Rombongan Inggeris Sampai Ke Pulau Pangkor

Published on :

  14 Januari 1874 – Campur tangan Inggeris di Perak bermula apabila termeterainya Perjanjian Pangkor di antara Pembesar-pembesar Perak dengan pihak Inggeris. Rombongan Inggeris yang mengadakan perundingan dengan Pembesar-pembesar Perak telah bertolak daripada Singapura dengan menaiki kapal Pluto melalui Selat Melaka dan sampai pada 14 Januari 1874. Kedatangan rombongan Inggeris ini bertujuan untuk mengadakan rundingan […]