Suruhanjaya Cobbold Tiba Di Kuching

Published on :

19 Februari 1962 – Suruhanjaya Cobbold tiba di Kuching, Sarawak pada 19 Februari 1962 untuk meninjau pendapat dan reaksi rakyat Sabah dan Sarawak terhadap gagasan Malaysia. Ia adalah lanjutan terhadap tugas dan peranan yang telah ditetapkan semasa penubuhannya. Suruhanjaya bebas ini dianggotai oleh lima orang dan dipengerusikan oleh Lord Cobbold. Empat orang lagi telah terpilih […]

Pengisytiharan Kota Kinabalu Sebagai Bandaraya

Published on :

02 Februari 2000 – Kota Kinabalu diisytihar sebagai bandar raya pada tahun 2000. Watikah pengisytiharan Kota Kinabalu sebagai bandaraya diserahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ong Ka Ting kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai di Istana Negeri. Watikah pengisytiharan ini kemudiannya diserahkan oleh […]

Pembunuhan Beramai-Ramai Oleh Tentera Jepun Di Petagas

Published on :

21 Januari 1944 – Lebih kurang seribu orang telah menjadi mangsa dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Petagas, Sabah oleh Tentera Jepun pada tahun 1944. Pentadbiran tentera Jepun di Sabah khususnya di Kawasan Pantai Barat bermula pada 9 Januari 1942 apabila Jesselton, ibu negeri Sabah pada masa itu jatuh ke tangan Jepun. Bermula dari tarikh tersebut Jepun […]

Pelantikan Ahli-Ahli Suruhanjaya Cobbold

Published on :

17 Januari 1962 – Pada hari ini dalam tahun 1962, Kementerian Luar Negeri mengumumkan dengan rasminya pelantikan ahli-ahli Suruhanjaya Cobbold. Ia merupakan lanjutan daripada perbincangan yang diadakan di London pada 20-22 November 1961, dimana satu keputusan telah dicapai untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat pendapat dan pandangan rakyat di Borneo Utara dan Sarawak berhubung gagasan […]

Rapat Umum Pertama Penubuhan Malaysia Di Kuala Lumpur

Published on :

06 Januari 1962 – Pada hari ini dalam tahun 1962, rapat umum yang pertama mengenai penubuhan Malaysia telah diadakan di Kuala Lumpur. Dalam rapat umum ini dianggarkan lebih daripada 5,000 orang telah membanjiri Padang Kelab Sultan Sulaiman untuk mendengar ucapan tokoh-tokoh daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara dan Sarawak. Diantara perwakilan yang menghadiri rapat […]