Peristiwa Bukit Kepong

Published on :

23 Februari 1950 – Peristiwa Bukit Kepong adalah kejadian dimana pengganas komunis telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Pertempuran yang berlaku sekitar jam 5:00 pagiini telah mengorbankan 25 anggota polis dan orang awam. Semasa kejadian tersebut terdapat 15 anggota polis Melayu dan Konstable Polis marin yang diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah. Pasukan ini diperkuatkan […]

Sudirman Haji Arshad Meninggal Dunia

Published on :

22 Februari 1992 – Allahyarham Dato’ Sudirman bin Haji Arshad, DSAP, JMN, AMN, AMP, juga dikenali sebagai Sudirman telah meninggal dunia pada 22 Februari 1992. Beliau meninggal dunia di kediaman kakaknya, Datin Rodziah Arshad di Bangsar selepas tujuh bulan bertarung dengan penyakit radang paru-paru. Sudirman Haji Arshad dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di […]

Penyata Suruhanjaya Reid Dikeluarkan

Published on :

21 Februari 1957 – Suruhanjaya Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Penyata Suruhanjaya Reid dikeluarkan pada 21 Februari 1957 dan diserahkan untuk diperhalusi oleh Jawatankuasa Kerja. Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada 21 Mac 1956. Ia dipengerusikan oleh Lord Reid, dan dianggotai oleh Sir Ivor Jenning (Britain), Sir Willam […]

Pengumuman Kemerdekaan Di Padang Bandar Hilir, Melaka

Published on :

20 Februari 1956 – Pengumuman Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diumumkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman sebaik sahaja tiba di Banda Hilir, Melaka. Pada 18 Januari 1956 Rombongan Merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah berlepas ke London untuk mengadakan rundingan dengan pihak Inggeris. Rombongan Merdeka turut disertai oleh empat wakil perikatan dan […]

Suruhanjaya Cobbold Tiba Di Kuching

Published on :

19 Februari 1962 – Suruhanjaya Cobbold tiba di Kuching, Sarawak pada 19 Februari 1962 untuk meninjau pendapat dan reaksi rakyat Sabah dan Sarawak terhadap gagasan Malaysia. Ia adalah lanjutan terhadap tugas dan peranan yang telah ditetapkan semasa penubuhannya. Suruhanjaya bebas ini dianggotai oleh lima orang dan dipengerusikan oleh Lord Cobbold. Empat orang lagi telah terpilih […]