Pengumuman Penyerahan Sarawak Kepada Kerajaan Inggeris

Published on :

06 Februari 1946 – Pada 06 Februari 1946, Raja Putih Sarawak yang ketiga, Vyner Brooke telah mengumumkan penyerahan Sarawak kepada kerajaan Inggeris di London. Pada 8 Februari 1946 pengumuman tersebut telah diterbitkan oleh The Sarawak Tribune. Raja Brooke menyatakan bahawa beliau yakin bahawa kerajaan British dapat membawa kebaikan dan pembangunan kepada Sarawak. Dalam surat pengisytiharan […]

Perarakan Menentang Malayan Union Di Kota Bharu

Published on :

15 Disember 1945 – Pada hari ini dalam tahun 1945, 10,000 orang Melayu di bawah anjuran Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan telah mengadakan perarakan kerana membantah penubuhan Malayan Union. Perarakan ini diadakan berikutan perjumpaan Sir Harold Mac Michael dengan Sultan Kelantan untuk menandatangani Perjanjian Penubuhan Malayan Union yang akan membuka pintu kepada bangsa-bangsa asing dan mempunyai […]

Majlis Negeri Sarawak Ditubuhkan

Published on :

24 Mei 1867 – Pada hari ini dalam tahun 1867, Majlis Negeri yang sekarang dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri Sarawak telah ditubuhkan oleh James Brooke. Ia merupakan Dewan Undangan Negeri yang tertua di Malaysia. Sebelum itu, pada tahun 1865 ‘General Council’ yang juga dikenali sebagai ‘Supreme Council’ telah ditubuhkan. Pada asal penubuhan Majlis Negeri Sarawak […]

Perdana Menteri Merasmikan Bangunan Kompleks Dayabumi

Published on :

05 Mei 1984 – Pada hari ini dalam tahun 1984, Bangunan Kompleks Dayabumi satu lagi mercu tanda bandaraya Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Perusahaan Awam Datuk Paduka Rafidah Aziz. Kompleks Dayabumi ini adalah sebuah projek pembangunan semula bandar yang terbesar pernah […]

Majlis ITM Ditubuhkan Untuk Mentadbir Institut Teknologi Mara

Published on :

14 Mac 1970 – Usaha untuk melatih kaum bumiputera dalam bidang-bidang profesional telah dimulakan sejak negara mencapai merdeka. Berbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan bagi memenuhi hasrat tersebut. Antaranya membuka Dewan Latihan RIDA yang berperanan untuk memberikan latihan kepada bumiputera di dalam bidang-bidang yang tidak dapat diberikan oleh badan-badan kerajaan yang lain, termasuklah bidang perniagaan […]