10 Mac 1967 – Pembukaan bangunan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar Malaysia pada 10 Mac 1967.

Bangunan ini merupakan pusat induk pengurusan dan pentadbiran MARA dan terletak ditengah-tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur. Bangunan Majlis Amanah Rakyat ini dibina di antara Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Bangunan setinggi lapan tingkat ini menelan kos pembinaan sebanyak RM3.5 juta. Tingkat satu hingga tingkat tiga menyediakan 30 buah ruang kedai. Manakala di tingkat empat hingga tingkat lapan berfungsi sebagai jentera pentadbiran.
Bangunan Majlis Amanah Rakyat Baharu
Pada tahun 1987 bangunan ini telah digantikan dengan bangunan baharu setinggi 26 tingkat. Ia menjadi pusat pentadbiran baharu dan simbol kelangsungan agenda perjuangan Bumiputera. Ia telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada 12 April 1987.
Bangunan Majlis Amanah Rakyat yang baharu ini menyediakan ruang pejabat seluas 200,000 kaki persegi. Ruang letak kereta bawah tanah Medan MARA boleh menempatkan sebanyak 373 buah kereta. Di tingkat pertamanya pula disediakan ruang niaga seluas 22,000 kaki persegi sesuai untuk pembinaan sebuah pasar raya.
Sumber : Arkib Negara Malaysia
Baca Juga:
- SPB Yang Di-Pertuan Agong Merasmikan Bangunan Ibu Pejabat Lembaga Urusan Dan Tabung Haji
- Peletakan Batu Asas Kampus Institut Teknologi Mara
- Perdana Menteri Merasmikan Bangunan Kompleks Dayabumi
- Pembukaan Pusat Penyiaran Malaysia Angkasapuri
- Perletakan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat Lembaga Urusan Dan Tabung Haji (LUTH)