H.I.D.S. – Nama Ibu Kota Negeri Sabah Ditukar Daripada Jesselton Kepada Kota Kinabalu

Kota Kinabalu City Hall

Charles Jessel
Charles Jessel

22 Disember 1967 – Pada hari ini dalam tahun 1967, nama ibu kota negeri Sabah telah ditukar daripada Jesselton kepada Kota Kinabalu. Kota Kinabalu terletak di Pantai Singgah Mata di Teluk Sepanggar. Nama baru itu mengambil ilham dari mercu tanda negeri Sabah, iaitu Gunung Kinabalu, merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara.

Sebelum pekan di pantai Singgah Mata itu dijadikan pusat pentadbiran dan ibu kota negeri Sabah, beberapa tempat pernah menjadi ibu kota Kompeni Berpiagam. Antara ibu kota yang pertama ialah Kudat terletak di timur laut negeri itu dari tahun 1881 hingga 1883. Manakala pada tahun 1884 ibu kota itu telah dipindahkan ke Sandakan yang terletak di sebelah timur. Sandakan telah memainkan peranan sebagai bandar utama hingga tahun 1947.

Kemudian pada tahun 1947, ibu kota Sabah sekali lagi telah berpindah ke Pantai Singgah Mata dengan nama Jesselton iaitu sempena nama pegawai Inggeris, Mr. Charles Jessel. Pegawai Inggeris, Charles Jessel telah memilih kawasan di Pantai Singgah Mata, ini sebagai ibu kota dan diberi nama Jessel Town (Jesselton).

Pada hari ini dalam tahun 1967 nama Jesselton ditukar menjadi Kota Kinabalu.Sehingga ke hari ini Kota Kinabalu masih kekal sebagai ibu kota negeri Sabah dan menjadi lambang kemajuan dan kemakmuran Sabah.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen