800px_sutera_harbour_sunset_kk

02 Februari 2000 – Kota Kinabalu diisytihar sebagai bandar raya pada tahun 2000. Watikah pengisytiharan Kota Kinabalu sebagai bandaraya diserahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ong Ka Ting kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai di Istana Negeri. Watikah pengisytiharan ini kemudiannya diserahkan oleh Yang Dipertua Negeri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Osu Sukam.

Lanjutan daripada pengisytiharan ini juga Datuk Abdul Ghani bin Abdul Rashid dilantik sebagai Datuk Bandar Kota Kinabalu yang pertama. Upacara perlantikan telah diadakan pada 2 Februari 2000 di Dewan Undangan Negeri Sabah, di Likas.

 

seal_kota_kinabalu

 

800px_Jesselton_circa_1911
Jasselton 1911

 

Sejarah Ringkas Kota Kinabalu

 

Mengimbas kembali sejarah silam, Kota Kinabalu berasal dari sebuah perkampungan kecil kaum nelayan dengan nama Api-Api sempena sejenis hutan bakau yang menggambarkan kekayaan tumbuhan. Ia juga dikenali sebagai “Singgah Mata” mencerminkan kecantikan asli persekitaran berkenaan manakala “Dia Soka” yang dalam bahasa suku Bajau bererti “tempat berehat” menunjukkan tempat yang selesa, damai dan memberi ketenangan kepada penghuninya.

Baca Juga :  Pelancaran Measat – 2

Setelah tahun 1899, kampung ini diambil-alih oleh pentadbiran koloni Inggeris dan dinamakan “Jesselton”. Pada tahun 1967 nama ibu kota ini bertukar kepada “Kota Kinabalu” setelah Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963. Di sepanjang tempoh satu abad yang berlalu, Kota Kinabalu telah tumbuh dan berkembang pesat berlipat kali ganda, wajahnya kini berubah kepada yang kita kenali pada hari ini.

 

1Borneo_kota_Kinabalu
1Borneo

 

Usaha menaikkan taraf Kota Kinabalu kepada sebuah bandaraya dalam tahun 1994. Pada mulanya, sasaran yang ditetapkan ialah pada tahun 1997. Namun demikian pada masa itu, Kerajaan Persekutuan berpendapat masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan sebelum bandar Kota Kinabalu dapat melayakkan diri sebagai bandaraya.

Pada pertengahan tahun 1999, sekali lagi Kerajaan Negeri mengutarakan cadangan awal tersebut. Setelah menilai dan mendapati Kota Kinabalu memenuhi semua syarat bertaraf bandaraya, Kerajaan Persekutuan secara rasmi bersetuju dan menyampaikan kelulusan pada bulan Oktober 1999. Hasil kerja keras dan persediaan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri tarikh Pengisytiharan Kota Kinabalu Sebagai Bandaraya ditetapkan pada tahun 2000.

Baca Juga :  Pembunuhan Beramai-Ramai Oleh Tentera Jepun Di Petagas

 

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen