H. I. D. S. – Persetujuan Damai Di Sabah

24 Mac 1986 – Pada hari ini dalam tahun 1986, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa formula kerjasama bagi menyelesaikan krisis politik Sabah telah dipersetujui oleh tiga parti utama di Sabah.

Datuk Seri Dr. Mahathir juga berkata melalui persetujuan damai ini, keadaan politik dan ekonomi di negeri Sabah dapat ditenteramkan. Beliau menambah formula kerjasama ada kaitan dengan cadangan Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri, dengan diiringi oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Pairan Ketingan, kemudian melawat tempat letupan bom dekat Wisma Sabah dan selepas itu ke Kompleks Gudang di Karamunsing yang terbakar dalam rusuhan pada 19 Mac 1986.

Formula kerjasama bagi menyelesaikan krisis politik Sabah yang dipersetujui oleh Presiden PBS, Datuk Pairin Ketingan, Presiden USNO Datuk Tun Datu Haji Mustapha Harun dan Presiden Berjaya Haji Mohd Nor Mansoor akan membawa keamanan di negeri Sabah.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen