H. I. D. S. – Persekutuan Tanah Melayu Ditubuhkan

01 Februari 1948 – Pada hari ini dalam tahun 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan untuk menggantikan Malayan Union. Persekutuan ini terdiri daripada sembilan buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Melaka. Manakala Singapura kekal sebagai tanah jajahan British berasingan.

Mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, kerajaan Persekutuan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya British, sebuah Majlis Masyarakat dan sebuah Majlis Perundangan. Sebuah Majlis Raja-Raja juga telah ditubuhkan, yang berperanan untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi British. Oleh yang demikian, kedudukan Raja-raja Melayu telah dikembalikan dengan mempunyai kuasa penuh dalam hal-hal berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat Melayu.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ini merupakan kejayaan orang-orang Melayu yang telah menuntut agar Malayan Union dihapuskan dan mengembalikan semula kedaulatan Raja-raja Melayu di negeri masing-masing. Sesungguhnya, kejayaan ini telah menaikkan semangat perjuangan dikalangan nasionalis-nasionalis melayu hingga membawa kepada kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen