H. I. D. S. – Institut Usahawan Bumiputera Dilancarkan

institut_usahawan_bumiputera08 Mac 1983 – Pada hari ini dalam tahun 1983, Institut Usahawan Bumiputera telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam di Auditorium MARA, Kuala Lumpur. Penubuhan institut ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan kaum bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan.

Antara matlamat utama penubuhan institut ini ialah untuk memperkenal, memperluas, melindungi dan memajukan kepentingan perniagaan, pengurusan dan organisasi bumiputera. Ia juga bertujuan untuk mengkaji dan memajukan prinsip-prinsip pelajaran dan latihan pengurusan keusahawanan. Mengadakan daftar bumiputera dan organisasi bumiputera yang berkelayakan dan lain-lain lagi.

Institut ini akan ditadbir oleh sebuah badan yang dikenali sebagai Majlis Pengarah. Majlis tersebut akan bertanggungjawab mengurus segala kegiatan dan kewangan Institut Usahawan Bumiputera dengan kuasa-kuasa yang diberikan menurut memorandum dan artikel institut.

Kini setelah 50 tahun kemerdekaan negara usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf kaum bumiputera terus dipertingkatkan.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen