H. I. D. S. – Perasmian Pembukaan Bank Bumiputra Malaysia Berhad

bank_bumiputera10 Mac 1966 – Pada hari ini dalam tahun 1966, Perdana Menteri Malaysia, YTM Tunku Abdul Rahman Putra telah merasmikan pembukaan Bank Bumiputra Malaysia Berhad yang terletak di Lebuh Ampang, Kuala Lumpur. Bank ini ditubuhkan hasil daripada salah satu resolusi Kongres Ekonomi Bumiputra yang diadakan pada 4-6 Jun 1965 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Resolusi tersebut mencadangkan sebuah Bank Bumiputra hendaklah ditubuhkan sebagai suatu bank perniagaan biasa dengan modalnya disediakan oleh kerajaan sebelum hak miliknya diserahkan kepada kaum bumiputera melalui jualan sahamnya.

Bank ini akan ditadbirkan seorang Pengarah Urusan dan sembilan orang Pengarah. Encik Mohd. Roslan Abdullah telah dilantik sebagai Pengarah Urusannya yang pertama.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen