H. I. D. S. – Pelancaran Perodua Rusa

06 Mac 1996– Pada hari ini dalam tahun 1996, pelancaran van nasional pertama atau kenderaan pelbagai guna (MUV) yang dikenali sebagai Perodua Rusa telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd, YM Raja Tun Mohar Bin Raja Badiozaman.

Dalam ucapan perasmian, Perdana Menteri menyatakan bahawa kemunculan Perodua Rusa di dalam rangkaian kenderaan Perodua adalah tepat pada masanya kerana kenderaan ini sangat sesuai dengan keperluan sebahagian besar daripada penduduk negara ini di saat penduduk Malaysia memiliki kemampuan yang tinggi untuk memiliki kereta nasional.

Perodua Rusa ini yang dikeluarkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd menawarkan 3 pilihan iaitu Deluxe (GX), Standard (EX) dan (CX). Perodua ini digerakkan dengan enjin 1300 c.c. 16 injap jenis HC untuk memastikan perjalanan lancar dan selesa.

Kejayaan negara mengeluarkan Van Nasional pada hari ini jelas menunjukan rakyat negara ini mampu bersatu tenaga dan bersaing untuk menjadi sebuah negara pengeluar kereta yang maju dimasa hadapan.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen