H.I.D.S. – Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan

dewan bahasa dan pustaka19 Julai 1964 – Pada  hari  ini  dalam  tahun  1964,  Barisan  Bertindak  Bahasa  Kebangsaan  telah  ditubuhkan  untuk  menentang  anasir-anasir  yang  menghalang  pelaksanaan  Bahasa Kebangsaan.  Barisan  Bertindak  Rakyat  Malaysia   yang  telah  dipengerusikan  oleh  Encik  Melan  Abdullah  telah  memberikan  jaminan  bahawa  barisan  tersebut  akan  memberi sokongan   kepada  setiap  tindakan  untuk  mendaulatkan  Bahasa  Kebangsaan.

Perjumpaan  menubuhkan  Barisan  Bertindak  Bahasa  Kebangsaan  yang  telah berlangsung  di Dewan  Bahasa dan  Pustaka  itu  telah  di  hadiri  oleh  ramai pencinta  bahasa  termasuklah  pensyarah maktab, wartawan tempatan,  penulis  dan  pelajar  yang  semuanya  berjumlah 70  orang.  Barisan  Bertindak  Bahasa  Kebangsaan  berperanan  untuk  memperjuangkan  Bahasa  Kebangsaan dan mencapai  matlamat  untuk  menjadikan  Bahasa  Melayu  sebagai Bahasa  Kebangsaan  atau Bahasa  Rasmi  menjelang  tahun  1967.

Selain  itu,  ia  juga  bertujuan  untuk  menimbulkan  dan meneguhkan  semangat  perjuangan  bahasa  serta memelihara  kesucian  serta  kedaulatan  Bahasa  Melayu.  Sesungguhnya  penubuhan  Barisan  Bertindak  Bahasa  Kebangsaan  ini  telah  menyumbang  ke arah  mengukuh  dan memartabatkan  bahasa  kebangsaan  dalam  sebuah  negara  yang  bebas  dan  merdeka.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen