sultan_ahmad_and_frederic_duberly_1902-800px

Bendahara Wan Ahmad Memakai Gelaran Sultan (Pahang)

06 Ogos 1882 – Bendahara Negeri Pahang, Bendahara Wan Ahmad memakai gelaran Sultan pada tahun 1882. Istiadat pemakaian gelaran Diraja ini telah diadakan secara rasmi pada 12 Disember 1884 di Pekan, Pahang. Baginda kemudian bergelar Sultan Ahmad AI-Muadzam Shah. Dalam istiadat tersebut juga, isteri baginda, Tuan Besar Wan Fatimah yang bergelar Cik Puan Bongsu diberi gelaran DYMM Tengku Ampuan Pahang. Manakala putera-puteri baginda yang bergelar Wan dan Tun diganti dengan panggilan Tengku.

Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah
Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah

Dengan penabalan gelaran Sultan, Bendahara Wan Ahmad merupakan keturunan Bendahara yang mula-mula sekali memakai gelaran DYMM Sultan Pahang. Pihak Inggeris hanya mengiktiraf pemakaian gelaran ini oleh Bendahara Wan Ahmad pada tahun 1887. Sultan Ahmad memerintah Pahang dari tahun 1863.

Sebelum dari ini telah berlaku satu perang saudara di antara baginda dan kekandanya Wan Mutahir akibat perebutan kuasa. Peperangan ini telah berlarutan sehingga 6 tahun, di mana Wan Mutahir tewas dan melarikan diri ke Tanjung Teja bersama anaknya Wan Koris. Dalam pelarian tersebut, Wan Koris telah mangkat di Kuala Pahang dan Wan Mutahir mangkat di Kuala Sedeli.

Baginda telah memerintah negeri Pahang selama 51 tahun iaitu dari tahun 1863 hingga 1882 sebagai Bendahara dan dari tahun 1882 hingga 1914 sebagai Sultan Pahang. Baginda mangkat pada 9 Mei 1914 dan digantikan oleh Puteranya Tengku Mahmud sebagai Sultan Pahang Kedua.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Baca Juga:

Tinggalkan Komen