H. I. D. S. – Penubuhan Persatuan Cina Malaya (MCA)

Malaysian_Chinese_Association_mca27 Februari 1949 – Pada hari ini dalam tahun 1949, Persatuan Cina Malaya (MCA) telah ditubuhkan. Penubuhannya adalah hasil daripada perjumpaan seramai 300 orang perwakilan cina dari seluruh Persekutuan Tanah Melayu kecuali negeri Kelantan. Ianya telah diadakan di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur. Tan Cheng Lock telah dipilih sebagai Presiden.

Pada perhimpunan tersebut juga, telah melihatkan pemilihan seramai 100 orang ahli jawatankuasa Pusat dan wakil-wakil negeri dan Kuala Lumpur sebagai Ibu Pejabat MCA. Antara tujuan penubuhannya ialah sebagai sebuah badan perwakilan orang-orang cina dan merapatkan hubungan di antara masyarakat cina dengan masyarakat lain di Tanah Melayu serta menentang Komunis.

Pada peringkat awal penubuhannya, MCA lebih menjurus sebagai Pertubuhan Kebajikan, namun pada tahun 1952 ia telah menjadi sebuah parti politik dengan menyertai Perikatan UMNO-MCA bagi tujuan memenangi Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Berikutan daripada permuafakatan ini, ianya telah membawa kepada kerjasama dalam perjuangan untuk memperolehi kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen