H.I.D.S. – Penubuhan Konfiderasi Negeri Sembilan

Yamtuan Besar Tuanku Muhammad Shah
Yamtuan Besar Tuanku Muhammad Shah

13 Julai 1889 – Pada hari ini dalam tahun 1889, satu persetujuan pembentukan satu Konfiderasi yang dinamakan Negeri Sembilan telah dicapai. Yam Tuan Besar Sri Menanti Tuanku Mohamad ibni Almarhum Tuanku Antah bersama-sama pemerintah-pemerintah Johol (termasuk Gemenceh), Inas, Ulu Muar, Jempol, Gunung Pasir dan Terachi, bersama-sama dengan Tunku Syed Hamid pemerintah Tampin dan Dato Setia Raja dari Rembau denga rasminya telah bersetuju menerima perlindungan British melalui satu perjanjian yang telah ditandatangani bersama oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Cecil C. Smith.

Seorang Residen British dipersetujui akan dilantik untuk membantu pentadbiran Kerajaan Konfiderasi ini. Dengan penubuhan Konfiderasi ini, maka kawasan Negeri Sembilan terbahagi kepada dua unit pentadbiran yang diakui oleh Inggeris. Yang pertama ialah kawasan bahagian Timur yang mengandungi Sungai Ujung (termasuk Jelebu) di bawah Residen Sungai Ujung iaitu W.F.B. Paul, manakala bahagian Barat dengan nama Negeri Sembilan terletak di bawah Residen Negeri Sembilan, Martin Lister.

Pada 8 Ogos, 1895, satu lagi perjanjian telah ditandatangani di hadapan Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Charlis Bullen Hugh Mitchell mengenai penubuhan Konfiderasi Negeri Sembilan yang lebih besar dengan Martin Lister telah dilantik sebagai Residennya yang pertamanya.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen