H.I.D.S – Laporan Suruhanjaya Cobbold Dikemukakan Kepada Kerajaan British

suruhan jaya cobolt
Suruhan Jaya Cobolt

21 Jun 1962 – Pada hari ini dalam tahun 1962 Laporan Suruhanjaya Cobbold yang mengandungi syor-syor bagi penubuhan Malaysia dikemukakan kepada kerajaan British. Laporan yang mengandungi 175 muka surat itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri British, Tuan Harold Macmillan. Suruhanjaya Cobbold telah ditugaskan untuk meninjau pendapat rakyat di negeri-negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) tentang kemasukkan negeri-negeri itu ke dalam Persekutuan Malaysia.

Suruhanjaya itu dianggotai oleh 5 orang ahli, dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh dua wakil kerajaan British. Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, sementara wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri dari Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali Shafie. Mr 1. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.

Laporan yang mengandungi 6 bahagian itu, mengemukakan syor-syor yang terbahagi kepada syor yang bersifat umum dan syor yang dibuat oleh ahli-ahli serta pengerusi suruhanjaya itu sendiri. Beberapa bahagian:

  • Syor-syor mengenai perkara-perkara bersifat umum yang tertentu;
  • Syor-syor yang dibuat oleh Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston.
  • Syor-syor yang dibuat oleh Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali bin Shafie.
  • Ringkasan syor-syor dalam seksyen B dan C serta ulasan-ulasan yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya.

Laporan itu mengandungi persetujuan mengenai kemasukan Sabah dan Sarawak di dalam Persekutuan Malaysia. Perbezaan pendapat antara wakil-wakil kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ialah mengenal perkara-perkara bersifat umum laitu Agama Rasmi, Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi.  

Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj, Perdana Menteri Tanah Melayu juga menerima laporan Suruhanjaya Cobbold. Beliau telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk (Dr) Ismail Dato’ Abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri), Datuk V. T. Sambanthan (Menteri Kerjaraya dan Telekom).

Pada pertengahan bulan Julai, kata sepakat telah dicapai di antara Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj dengan Tuan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan. Rundingan di antara kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ini telah diadakan di London pada tahun 1963 dan ianya berjalan hampir selama 2 minggu.

Hasil dari rundingan ini kedua-dua negara bersetuju mengeluarkan kenyataan bersama pada 12hb Julai, 1963 di mana kerajaan British bersetuju menyerahkan kedaulatan Sabah, Sarawak dan Singapura kepada kerajaan Malaysia  dan Malaysia akan wujud pada 31 hb Ogos, 1963. Kenyataan bersama itu juga menyentuh hal-hal mengenai Singapura dan Brunei yang menjadi persoalan besar dalam masa rundingan selama dua minggu itu.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen