H. I. D. S. – Al-Quran Tulisan Tangan Berusia 380 Tahun Dijumpai

Al_Quran_tok_mencalang21 Mac 1983 – Terdapat banyak kitab yang ditulis oleh ulama-ulama ini yang tersimpan di beberapa tempat seperti pusat-pusat pengajian tinggi, madrasah, pondok-pondok dan ada juga disimpan oleh kaum keluarga mereka. Kitab-kitab tersebut akan diwarisi oleh kaum keluarga dari satu generasi ke satu generasi seterusnya.

Pada hari ini di Pulau Tiga, Parit, Perak dua buah kitab Al-Quran yang berusia dalam lingkungan 150 hingga 380 tahun dijumpai di sebuah rumah penduduk di situ. Kajian oleh Pegawai Kebudayaan, Belia dan Sukan Perak menunjukkan Al-Quran ini ditulis tangan dalam tahun 1603 dan selesai pada 1653. Al-Quran ini dikatakan ditulis oleh 3 orang penulis tempatan.

Dua daripada penulis ini tidak diketahui namanya sementara seorang lagi penulisnya dikenali sebagai `Tok Mencalang’. Sementara sebuah lagi Al-Quran dipercayai ditulis oleh seorang pendakwah yang kuat dan gigih bernama Sheikh Hussein Alyamani. Beliau berasal dari negara Arab dan sangat terkenal di daerah ini. Beliau hidup disekitar tahun 1860 dan meninggal dunia sebaik sahaja selesai menulis Quran tersebut.

Penulisan buku-buku dan kitab-kitab agama telah mula berkembang pesat, serta menjayakan panduan dan pedoman penduduk tempatan untuk mendalami ilmu-ilmu agama. Dengan terjumpanya kitab-kitab ini menjelaskan lagi tentang bukti-bukti mengenai penyebaran agama Islam di Nusantara oleh para pedagang dan tentang penglibatan penduduk tempatan dalam menyebarkan agama Islam keseluruh rantau ini.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen