H.I.D.S – Sultan Abdul Samad Memperkenankan Syed Mashor Berkhidmat Di Selangor

 

Sultan Abdul Samad of Selangor
Sultan Abdul Samad of Selangor

23 Jun 1883. – Pada hari ini dalam tahun 1883 Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah mengutus surat kepada Frank Swettenham, Residen Inggeris di Selangor memperkenankan supaya ditawarkan pekerjaan dan elaun kepada Syed Mashhor untuk berkhidmat di Negeri Selangor. Hasil dari permintaan Baginda Sultan, Syed Mashhor telah ditawarkan dan dilantik menjadi Penghulu Ulu Kerling pada lhb Disember, 1883.

Syed Mashhor bin Syed Muhammad Ash-Sahab adalah berketurunan Arab, berasal dari Pontianak (Kalimantan Barat (West Borneo) dan telah lama diam di Langat.1 Pada masa permulaan Perang Kelang (1867-1873), beliau berada di Negeri Perlis untuk melawat keluarganya. Syed Mashhor yang memang terkenal sebagai seorang pahlawan dan berpengalaman di dalam selok-belok peperangan telah dijemput oleh Sultan Abdul Samad untuk menjadi ketua menjaga pertahanan Kuala Selangor yang di bawah jagaan Raja Musa. Syed Mashhor telah ditugaskan oleh Baginda Sultan mengambil semula daerah Kuala Selangor yang telah jatuh ke tangan Raja Mahadi. Syed Mashhor pada mulanya telah menerima permintaan Sultan Selangor itu dan mengepalai satu pasukan tentera untuk menyerang Kuala Selangor tetapi berita kematian saudaranya, Syed Abdullah di Langat menyebabkan beliau berpaling tadah lalu menyebelahi Raja Mahadi. Syed Mashhor mengesyaki dan menuduh Sultan Abdul Samad dan anakanda baginda, Raja Yaakob yang mengakibatkan kematian saudaranya itu.

Syed Mashhor kemudiannya telah memainkan  peranan penting dan menjadi Panglima Perang Pasukan Raja Mahadi dalam Perang Kelang atau dikenali  Juga dengan Perang Saudara (1867-1873). Peranannya di dalam peperangan ini bermula Julal 1870 (apabila pasukan bellau bersama-sama dengan Chong. Chong dan pasukannya menyerang orang-orang Mendailing dan  Fel Chow di Sungai  Ampang dan Kelang di antara bulan Ogos dan September 1870 hinggalah tamat peperangan. Perang Kelang adalah di antara  Raja  Mahadi, Raja Mahmud dan Syed Mashhor yang disokong oleh pelombong-pelombong blj’lh timah dari puak Ghee Hin dengan Tengku Kudin (wakil Yamtuan) dan Yap Ah Loy yang disokong oleh pasukan dari Pahang dan pelombong-pelombong bijih timah dari puak Hai San.

Syed Mashhor, di dalam usahanya membantu Raja Mahadi telah berjaya mengumpulkan 2,000 orang pengikut di Ulu Selangor, dan dalam pertengahan bulan Jun 1871 bellau bersama-sama dengan Chong-Chong, Ketua puak Ghee H in cuba menyerang Kuala Lumpur tetapi telah dihalang di Rawang oleh angkatan Tengku Kudin dan penyokongnya Yap Ah Loy, Ketua puak Hai  San dan menyebabkan Syed Mashhor berundur semula ke Ulu Selangor. Tengku Kudin dan Yap Ah Loy telah berjaya menawan Kuala Lumpur dalam bulan Ogos, 1871.

Dalam bulan November, 1971, Syed Mashhor bersama-sama dengan 250 orang penyokongnya dan sepasukan orang-orang Rawa telah mengepung kubu Tengku Kudin (dikawal oleh Wan Aman dari Pahang dan orang-orangnya) dan menyekat bekalan makanan dan senjata yang dibawa masuk ke Kuala Lumpur. Pada bulan Mac 1872, Syed Mashhor sekali lagi menyerang Kuala Lumpur dan kali   ini dengan bantuan Raja Mahmud dan Raja Mahadi beliau berjaya menawan Kuala Lumpur dari  Tengku Kudin dan Yap Ah Loy. Di dalam serangan itu juga Syed Mashhor berjaya membunuh Van Hagen, Komandan ‘Sepoy’ upahan Tengku Kudin. Selepas menawan Kuala Lumpur Syed Mashhor menuju ke Kuala,Selangor dan berjaya menawan Kuala Selangor dalam bulan Ogos 1872 juga dari Tengku Kudin. Kuala Lumpur berada di dalam kekuasaan Syed Mashhor dan Raja Mahadi sehingga akhlr bulan Mac 1873.

Pada bulan Mac 1873, Raja Mahadi, Syed Mashhor dan Raja Mahmud telah menerima tentangan hebat dari Tengku Kudin dengan bantuan tentera dari Negeri Pahang yang dipimpin oleh Imam Perang Rasu (To ‘ Raja) dan Orang Chenor. Akibat dari tentangan ini Syed Mashhor terpaksa berundur dari Kuala Lumpur ke Ulu Selangor dan akhimya melarikan diri ke Negeri Perak. Raja Mahadi dan Raja Mahmud pula berjaya melarikan diri ke Sungai Ujong. Mulai saat itu Tengku Kudin berjaya mengukuhkan kedudukannya di Negeri Selangor hingga berakhirnya Perang Kelang.

Selepas Perang Kelang Syed Mashhor dianggap musuh oleh sebilangan pegawai-pegawai Inggeris dan Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad. Semasa di Perak Syed Mashhor pada mulanya telah memihak kepada Sultan Abdullah dalam pakatan untuk membunuh Birch tetapi kemudiannya keluar dari pakatan itu sejurus sebelum berlakunya pembunuhan itu. Ini diakui sendiri oleh Birch sejurus sebelum kematiannya. Beliau terus membantu Inggeris untuk mengembalikan ketenteraman di Perak. Syed Mashhor juga, kemudiannya berjaya berhubung semula dengan Baginda Sultan Selangor dan menyakinkan kepercayaan Baginda Sultan terhadapnya. Beliau menyatakan kesusahan yang dialaminya kepada Baginda Sultan. Akhirnya pada 23hb Jun, 1883 Sultan Abdul Samad telah mengirim surat kepada Frank Swettenham supaya menawarkan pekerjaan dan elaun kepada Syed Mashhor dan berkhidmat di Negeri Selangor. Hasilnya Syed Mashhor telah dilantik menjadi Penghulu Ulu Kerling pada 12hb Disember, 1883.

Syed Mashhor telah menunjukkan kebolehannya semasa berkhidmat sebagai Penghulu Ulu Kerling. Dalam masa yang singkat beliau berjaya membangunkan Ulu Kerling melalul pembukaan lombong dengan menggunakan pelombong-pelombong Cina serta juga pembukaan tanah-tanah baru. Semasa meletusnya penentangan terhadap Inggeris di Pahang (Pemberontakan Pahang)-(1891-1895) yang diketuai oleh Dato’ Bahaman, Syed Mashhor telah turut membantu Inggeris untuk menghapuskan penentangan itu. Syed Mashhor bersara sebagai Penghulu Ulu Kerling pada lhb Februari, 1899.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen