Kertas Putih Rangka Perlembagaan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

 

People-constitution-ready-The-malaya-tribune-10-sep
The Malay Tribune

30 Jun 1957 – Pada hari ini dalam tahun 1957, Persetujuan secara sebulat suara telah dicapai untuk menerima Kertas Putih Rangka Perlembagaan bagi kemerdekaan  Persekutuan  Tanah  Melayu yang meliputi perlembagaan negeri  Melaka dan Pulau Pinang.  Perkara-perkara  penting  berkaitan  Kertas  Putih  ini  telah dibincangkan  terlebih  dahulu  dalam  Perhimpunan  Agong UMNO, sebelum ianya  diterbitkan  di  Persekutuan  Tanah  Melayu  dan  London.

Antara perkara-perkara  yang  terkandung  dalam  rangka  Perlembagaan  ini  ialah berkenaan  soal kerakyatan  melalui  pendaftaran  oleh  warga  asing,  bagi memastikan  kesetiaan  kepada  tanahair.  Antara  lain  juga DYMM Yang di-Pertuan Agong melalui perlembagaan ini diberi kuasa untuk mengisytiharkan darurat  apabila  wujudnya  ancaman keselamatan di dalam negara.

Selain daripada itu juga perlembagaan ini juga memberi kuasa khas kepada Parliman untuk mengeluarkan undang-undang subversif. Berikutan daripada itu pada 2 Julai 1957, Kertas Putih yang mengandungi Rangka Perlembagaan bagi Kemerdekaan Tanah Melayu ini telah diterbitkan di Persekutuan Tanah Melayu dan di London.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen