H.I.D.S – Rang Undang-Undang Rejimen Persekutuan Diluluskan

Batalion Pertama Rejimen Persekutuan
Batalion Pertama Rejimen Persekutuan

03 Julai 1952 – Pada  hari  ini  dalam  tahun 1952,  satu  Rang Undang-Undang  Rejimen  Persekutuan telah  diluluskan  oleh  Majlis  Perundangan  Persekutuan.  Rang Undang-undang  ini bertujuan untuk  memperbesarkan  angkatan  tentera  bagi  memenuhi  keperluan keselamatan  negara  yang  pada  ketika  itu  sedang  menghadapi  darurat  serta menjamin  kedaulatan negara  apabila  merdeka  kelak.

Jeneral  Sir  Gerald  Templer, Pesuruhjaya Tinggi,  merangkap  Pengarah  Gerakan  Persekutuan  telah mencadangkan  agar  sebuah  pasukan  pertahanan  berbilang  kaum  ditubuhkan.  Pada  ketika  itu,  hanya  terdapat  sebuah  pasukan  sahaja  iaitu  Rejimen  Askar  Melayu  yang  keanggotaannya  terdiri  daripada   anak watan  berkhidmat  berjuang  menentang ancaman  komunis.

Berikutan  daripada  itu,  pada  September  1952  dua  buah  pasukan yang  terdiri  daripada  anggota  berbilang  bangsa telah  ditubuhkan,  iatu  Batalion Pertama  Rejimen  Persekutuan   dan   Skuadron  Kereta  Perisai  Persekutuan.  Pada  Januari  1960,  kedua-dua  rejimen  telah  dicantumkan  dengan membawa  gelaran   sebagai  Askar  Peninjau.

Sesungguhnya, anggota  keselamatan  telah  memainkan  peranan  penting  dalam  perjuangan  menentang   ancaman   komunis  demi mempertahankan  kedaulatan  dan  kemerdekaan  negara.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen