H.I.D.S – Perjanjian Pahang-Johor

Temenggong-Abu-Bakar
Temenggong Abu Bakar

Pada hari ini dalam tahun 1862 satu perjanjian diantara Pahang dan Johor telah ditandatangani. Dalam perjanjian ini Bendahara Pahang iaitu Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahair telah diwakili oleh Wan Koris (Bendahara Muda), manakala Temenggong Abu Bakar Seri Maharaja Johor, menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak Kerajaan Johor. Di antara syarat-syarat perjanjian ini ialah:

  • · Johor dan Pahang mengaku bersahabat dan bantu-membantu jika diserang oleh musuh;
  • · Temenggong Abu Bakar hendaklah membantu Wan Koris (Tun Koris) dan pengganti-penggantinya apabila dikehendaki;
  • · Jika berlaku perselisihan di antara kedua belah pihak, hendaklah diserahkan kepada Kerajaan Inggeris untuk menyelesaikannya;
  • · Pulau Tioman (yang dahulunya (di bawah pemerintah Pahang) dan pulau-pulau yang di Selatan daripada Pulau Tioman itu diserahkan kepada Kerajaan Johor, dan
  • · Di darat pula kawasan tanah bagi negeri.Johor diperluaskan lagi ke utara hingga ke Sungai Endau dan Sungai Endaulah menjadi sempadan di darat antara negeri Johor dengan negeri Pahang”.

Dengan perjanjian ini Temenggong Abu Bakar terikat untuk membantu pihak Tun Mutahir dalam peperangan dengan adiknya, Wan Ahmad (Peperangan Saudara Pahang – 1857-63) untuk merebut takhta Kerajaan. Bagaimanapun, peperangan ini akhirnya dimenangi oleh Wan Ahmad, dan pada 10hb Jun, 1863 orang-orang besar Pahang mengangkat beliau menjadi Bendahara pemerintath Pahang bergelar Bendahara Seri Wak Raja.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen