H. I. D. S. – Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Ditubuhkan

11 Januari 1972 – Pada hari ini dalam tahun 1972, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditubuhkan dengan rasminya yang bermatlamat bagi membantu kerajaan memelihara dan mengekalkan keamanan di dalam negara serta sebagai benteng ketiga dalam sistem pertahanan negara. Peranan dan tanggungjawab ahli-ahli RELA adalah berlandaskan kepada `Peraturan-peraturan perlu RELA 1974′ dan Falsafah RELA yang telah digubal pada tahun 1978.

Di antara peranan ahli-ahli RELA ialah:

  • Sebagai mata dan telinga kerajaan, iaitu menyampaikan maklumat-maklumat penting mengenai kegiatan anasir-anasir yang boleh mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara.
  • Sebagai benteng kepada keselamatan dan kesejahteraan kawasan masing-masing iaitu dengan mengadakan rondaan keselamatan, tugas-tugas kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Membantu apabila berlaku bencana alam seperti banjir, kebakaran, ribut dan lain-lain.

Sesungguhnya dengan penubuhan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia pada hari ini merupakan bukti yang nyata menunjukkan keazaman kerajaan bagi menggembleng tenaga rakyat daripada semua golongan untuk sama-sama secara sukarela memelihara keamanan, mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen