H.I.D.S – Pilihanraya Umum Yang Pertama Selepas Merdeka

tunku 195919 August 1959 – Pada hari ini dalam tahun 1959, Pilihanraya Umum Parlimen yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan. Melalui pilihanraya ini, buat pertama kalinya penduduk Tanah Melayu berpeluang menentukan sendiri peruntukan kerusi dan perjalanan pilihan raya.

Pilihanraya kali ini telah menyaksikan kenaikan peratus pengundi bagi tiap kaum iaitu 57% bagi pengundi-pengundi Melayu, 30% Cina dan 7% India. Jumlah kerusi yang dipertandingkan juga bertambah dari 52 pada tahun 1955 menjadi 104 pada tahun 1959.

Antara parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya ini ialah Parti Perikatan yang dia anggotai oleh UMNO, MCA dan MIC, Parti Negara, Parti Malaya (Malayan Party), Parti Islam SeTanah Melayu dan beberapa orang calon bebas. Parti Perikatan telah memenangi 74 daripada 104 kerusi yang dipertandingkan.

Berikutan kemenangan besar Parti Perikatan, Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Parti Perikatan dan Perdana Menteri telah membentuk kabinet pertama selepas merdeka yang bebas daripada campur tangan penjajah Inggeris.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen