H. I. D. S. – Penubuhan Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Universiti Malaysia Kelantan31 Mac 2006 – Pada hari ini dalam tahun 2006, YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam pembentangan RMKe-9 pada 31 Mac 2006. Penubuhan sebuah Universiti di negeri Kelantan telah dijadikan sebagai salah satu komponen dalam Rancangan Malaysia Ke-9 bagi menyokong pembangunan modal insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi negara.

Penubuhan Universiti ini telah mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006. Jemaah Menteri juga telah menetapkan supaya falsafah kurikulum pengajian di UMK berteraskan kepada pendidikan keusahawanan dan perusahaan (entrepreneurship education and enterprises) dalam semua program pengajian.

Oleh itu frasa rangsangan seperti “Entrepreneurship is Our Thrust” dan “Entrepreneurial University” digunakan dengan meluas. Pengkhususan pengajian untuk pembangunan jangka masa pendek dan sederhana dikelompokkan kepada tiga bidang pengajian iaitu Keusahawanan dan Perniagaan ;Teknologi Kreatif dan Warisan dan Agro-industri dan Sains Sumber Asli.

UMK merupakan institut pengajian tinggi awam yang ke-19 ditubuhkan di Malaysia dan terletak di kampus sementara di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa. UMK telah mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 2007 dengan pendaftaran pelajar sulung seramai 295 orang.

Kini, UMK menumpang di Institut Perguruan Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan. Prof. Dato’ Ir. Dr. Zainai Mohamed telah dilantik sebagai naib canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan, berkuatkuasa 1 Oktober 2006.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen