Penubuhan Rejimen Gerak Khas Malaysia (Pasukan Komando)

komando_logo01 Mei 1965 – Pada hari ini dalam tahun 1965, Rejimen Gerak Khas Malaysia atau lebih dikenali sebagai Pasukan Komando Malaysia telah ditubuhkan dengan rasminya. Penubuhannya bermula dengan pengambilan seramai 15 orang anggota untuk menjalani Kursus Dasar Komando pada akhir tahun 1964.

Anggota yang terpilih telah menjalani latihan selama tiga bulan di bawah seliaan Pasukan British Royal Marine Commando bertempat di Burma Camp, Ulu Tiram, Johor. Kumpulan pertama seramai 12 orang anggota, yang telah berjaya menamatkan latihan dan dianugerahkan dengan Bere Hijau ini merupakan kumpulan perintis kepada Pasukan Komando yang ditempatkan di Kem Majidee, Johor pada bulan April 1965. Anggota-anggota terbabit bersama-sama dengan lapan orang pegawai daripada Forty Royal Marine Commando bertanggungjawab dalam mengendalikan latihan kepada pelatih-pelatih baru pasukan ini.

Sesungguhnya sejak daripada penubuhannya, Pasukan Komando Malaysia telah turut sama-sama menyumbang kepada negara dalam memastikan keamanan dan kemerdekaan negara terus dinikmati.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen