H. I. D. S. – Hubungan Telefon Antara Tanah Melayu Dengan London Dimulakan

telefon22 Mei 1950 – Pada hari ini dalam tahun 1950 satu era baru dalam bidang telefon telah bermula di Persekutuan Tanah Melayu dan London, melalui Singapura. Pihak BBC telah memasang alat perhubungan khas tersebut di Singapura dengan tujuan program Perkhidmatan Penyiaran Timur jauhnya.

Pada tahun 1939 perkhidmatan seperti ini pernah digunakan di Stesen Radio Jalan Cochrane Kuala Lumpur ke Bandung, di Indonesia. Stesen Bandung pula menerima panggilan dari London melalui Amsterdam. Perkhidmatan ini terus berjalan sehingga timbulnya perselisihan faham antara Kerajaan Indonesia dengan Britain pada tahun 1939. Atas sebab-sebab keselamatan perkhidmatan ini terpaksa dihentikan. Setelah dihentikan, usaha-usaha lain telah dijalankan untuk menghidupkan semula perkhidmatan tersebut. Akhirnya pada hari ini dalam tahun 1950 perhubungan telefon di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan London telah disambung semula melalui Singapura.

Perhubungan telefon di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan London ini telah dibahagikan kepada panggilan persendirian, panggilan rasmi, dan panggilan perniagaan. Kemajuan Perkhidmatan ini dapat dilihat 6 tahun kemudian iaitu pada tahun 1956 apabila sebanyak 19,500 panggilan luar negeri telah dapat dikendalikan. Pada tahun 1957 angka ini telah meningkat lagi kepada 24,000 panggilan. Perkhidmatan telefon yang disambung semula pada hari ini dalam tahun 1950, telah menjadikan perhubungan telefon satu alat yang penting untuk berkomunikasi.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen