Bendera Persekutuan Dikibarkan Buat Pertama Kali

bendera_persekutuan_tanah_melayu126 Mei 1950 – Pada hari ini dalam tahun 1950, bendera Persekutuan buat pertama kalinya telah dikibarkan di Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur. Bendera ini telah dijadikan bendera rasmi Persekutuan Tanah Melayu apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, dan dikibarkan pada hari yang penuh bersejarah itu.

Bendera berukuran 6’ x 3’ ini adalah hasil rekaan Allahyarham Mohamed bin Hamzah, seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya di Johor dalam satu pertandingan yang diadakan pada tahun 1949.

Berdasarkan petikan daripada fail Jabatan Perdana Menteri bertajuk ‘Federation of Malaya Flags’ ada menjelaskan tentang pengertian simbol-simbol pada bendera tersebut. Surat bertarikh 7 Jun 1950 itu menjelaskan bahawa 11 jalur berwarna merah dan putih dan bintang pecah 11 adalah lambang perpaduan dan kerjasama 11 buah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu. Lambang bulan dan bintang berwarna kuning menandakan agama Islam sebagai agama rasmi. Warna merah, putih dan biru melambangkan gabungan dan kerjasama Persekutuan Tanah Melayu dalam Pertubuhan Negara-negara Komanwel.

Hari ini, setelah negara mencapai kemerdekaan bendera ini masih lagi berkibar megah di angkasaraya. Malah pada 31 Ogos 1997, bendera Malaysia ini menempa satu lagi sejarah apabila ia diberikan nama khas iaitu Jalur Gemilang.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen