Rombongan Inggeris Sampai Ke Pulau Pangkor

Published on :

  14 Januari 1874 – Campur tangan Inggeris di Perak bermula apabila termeterainya Perjanjian Pangkor di antara Pembesar-pembesar Perak dengan pihak Inggeris. Rombongan Inggeris yang mengadakan perundingan dengan Pembesar-pembesar Perak telah bertolak daripada Singapura dengan menaiki kapal Pluto melalui Selat Melaka dan sampai pada 14 Januari 1874. Kedatangan rombongan Inggeris ini bertujuan untuk mengadakan rundingan […]

Pengurnian Surat Keterangan Memungut Cukai Di Ulu Pahang Dalam Tahun 1859

Published on :

30 Disember 1859 – Pada hari ini dalam tahun 1859, Sultan Pahang Sultan Mahmud Al-Muzaffar Shah telah mengurniakan “Surat Keterangan” kepada Mandara Lubuk Setia Raja atau Tok Lubuk dari daerah Gali. Surat Keterangan ini merupakan surat kuasa untuk memungut cukai di daerah Gali. Surat ini telah disampaikan oleh wakil Sultan, Tengku Embong ibni Al-Marhum Sultan […]

Baron Von Overbeck Dilantik Menjadi Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan.

Published on :

29 Disember 1877 – Baron von Overbeck dilantik menjadi Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Sultan Abdul Momin dari Brunei. Baron von Overbeck juga seorang Konsul bagi Austria-Hungray di Hong Kong. Pada Januari 1876, beliau membeli hak pajakan tanah dari pemilik Syarikat Perdagangan Amerika Borneo, Joseph William Torrey dengan […]

Perjanjian Sultan Kedah-Jepun

Published on :

  19 Disember 1941 – Pada hari ini dalam tahun 1941, Baginda Sultan Kedah, DYMM Tuanku Abdul Hamid Halim Shah iaitu Sultan Kedah yang ke 25 telah menandatangani satu perjanjian dengan pihak Jepun di Kulim, Kedah, berikutan dengan kejatuhan negeri Kedah ke tangan Jepun. Tentera Jepun mula bergerak ke negeri Kedah pada 8 Disember 1941 […]

Pemansuhan Jawatankuasa Penasihat British Di Perak

Published on :

  19 Disember 1956 – Pada hari ini dalam tahun 1956, DYMM Sultan Perak, Raja Sir Yusuf ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil telah menandatangani dua dokumen yang memansuhkan jawatan Penasihat British di Perak. Upacara tersebut berlangsung di Istana Iskandariah Kuala Kangsar. Kedua-dua dokumen itu ialah mengenai pindaan-pindaan kepada Perlembagaan Negeri Perak dan Perjanjian Persekutuan Tanah […]