Penyerahan Pangkalan Raf, Kuala Lumpur Kepada Tudm

Published on :

25 Oktober 1960 – Pada hari ini dalam tahun 1960, telah berlangsung upacara penyerahan Pangkalan Tentera Udara Diraja British (RAF) di Kuala Lumpur kepada Tentera Udara Diraja Malaya (TUDM). Upacara penyerahan itu dilakukan oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu Sir Geofrey Tory kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak. Sempena […]

Maharaja Abu Bakar Diiktiraf Sebagai Pemerintah Muar

Published on :

24 Oktober 1878 – Pada hari ini dalam tahun 1878, Maharaja Abu Bakar telah diiktiraf oleh Kerajaan Inggeris sebagai Pemerintah Muar. Pengiktirafan ini dibuat berikutan dengan kemangkatan Yang Dipertuan Muar, Sultan Ali Iskandar pada 20 Jun 1877. Muar pada mulanya adalah sebahagian daripada negeri Johor tetapi hasil daripada perjanjian antara kerajaan Johor dengan Inggeris pada […]

Jabatan Kastam Dan Eksais Diwartakan

Published on :

22 Oktober 1934 – Pada hari ini dalam tahun 1934, Akta Kastam dan Eksais telah diwartakan dan dengan itu terbentuklah Jabatan Kastam dan Eksais Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada awal penubuhannya pada 1 Januari 1907, Jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Perdagangan dan Kastam (Trade and Custom Department). Sebelum tahun 1907, cukai-cukai yang dipungut di Negeri-negeri Melayu […]

Perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera Bermula

Published on :

21 Oktober 1923 – Pada hari ini dalam tahun 1923, Perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera atau dahulunya dikenali sebagai ‘Penang Hill’ bermula. Bukit Bendera yang berketinggian 830 meter daripada paras laut, merupakan bukit yang pertama di negara ini yang mempunyai stesen keretapi. Sejarah awal perkhidmatan keretapi di Bukit Bendera bermula pada tahun 1897, apabila J. Hein […]

Penubuhan Majlis Persekutuan

Published on :

20 Oktober 1909 – Pada hari ini dalam tahun 1909, satu persetujuan telah dicapai antara Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Raja-raja Negeri-negeri Melayu Bersekutu untuk membentuk Majlis Persekutuan, iaitu setelah termeterinya Perjanjian Perlembagaan Majlis Persekutuan. Pada tahun 1896 kerajaan Inggeris di dalam usahanya menguasai pentadbiran negeri-negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan telah menukarkan […]