Perjanjian Perdagangan Di Antara Belanda Dengan Sultan Mahmud Iskandar Shah Ditandatangani

Published on :

15 Disember 1653 – Pada hari ini 15.12.1653, satu Perjanjian Perdagangan di antara Belanda yang diwakili oleh Joan Trujiman dengan Sultan Perak, Sultan Mahmud Iskandar Shah telah ditandatangani. Perjanjian Perdagangan seperti ini pernah dibuat di antara Belanda dengan Sultan Perak sebelumnya Almarhum Sultan Muzaffar Shah II dalam tahun 1650. Perjanjian ini dibuat ketika negeri Perak […]

Orang-Orang Perak Menyerang Angkatan Laut Belanda

Published on :

27 Mei 1658 – Pada hari ini dalam tahun 1658, satu pertempuran telah berlaku di antara orang-orang Perak dengan angkatan laut Belanda. Pertempuran ini berlaku ketika kapal-kapal laut Belanda yang diketuai oleh Joan Truitmans sedang menghalang Perak daripada menjalankan perdagangan dengan saudagar-saudagar asing. Belanda mengambil tindakan demikian kerana tidak berpuashati terhadap orang-orang Perak yang kerap […]

Sultan Azlan Isytihar Ipoh Sebagai Bandaraya

Published on :

27 Mei 1988 – Pada hari ini dalam tahun 1988, Bandar Ipoh di isytihar sebagai bandaraya oleh DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Sejarah pentadbiran bandar Ipoh bermula apabila pada tahun 1889, hospital mula dibina di antara kawasan stesen keretapi dan Balai […]

Bahasa Melayu Pertama Kali Digunakan Sepenuhnya Di Dewan Undangan Negeri Perak

Published on :

02 Mei 1967 – Pada hari ini dalam tahun 1967, buat pertama kalinya persidangan di Dewan Undangan Negeri Perak telah menggunakan Bahasa Kebangsaan sepenuhnya. Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Dato’ Mohamed Ali Zaini bin Haji Mohamed Zain meminta supaya ahli-ahli dewan menggunakan Bahasa Melayu walaupun dalam bahasa pasar. Beliau juga telah menggantung peraturan-peraturan tetap supaya […]

Pertemuan Sultan Ismail – J.W.W. Birch Mengenai Regalia Negeri Perak

Published on :

25 April 1875 – Pada hari ini dalam tahun 1875, J.W.W. Birch menemui Sultan Ismail di Belanja, Perak untuk mendapatkan Alat-alat Kebesaran Kerajaan, Perak. Dalam pertemuan itu Sultan Ismail menyatakan kepada Birch bahawa Baginda akan menyerahkan alat-alat kebesaran itu kepada Raja Abdullah sendiri. Walau bagaimanapun Sultan Ismail tidak menyerahkan alat-alat kebesaran itu kepada Raja Abdullah […]