Penubuhan Perusahaan Automobil Nasional Bhd. (PROTON)

Published on :

23 Mei 1983 – Pada hari ini dalam tahun 1983, Perusahaan Automobil Nasional Bhd. (Proton) lahir secara rasmi melalui persetujuan yang ditandatangani antara Perbadanan Industri Berat Malaysia (Hicom) dan kumpulan Mitsubishi dari Jepun di Kuala Lumpur. Dalam upacara menandatangani persetujuan ini, Hicom diwakili oleh Tan Sri Datuk Jamil Rais Mohd Jan, Pengerusi Mitsubishi Motor Corporation […]

Pembukaan Sekolah Pertanian Serdang

Published on :

21 Mei 1931 – Pada hari ini dalam tahun 1931, Sekolah Pertanian Serdang telah dibuka dengan rasminya oleh Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Bersekutu Tuan John Scott. Turut hadir menyaksikan upacara ini ialah Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Raja Muda Perak, dan Undang Rembau. Penubuhan Sekolah Pertanian yang berkeluasan 8.8 hektar […]

Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa

Published on :

20 Mei 1983 – Pada hari ini dalam tahun 1983, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, Tuanku Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Mu’adzam Shah telah berkenan menandatangani ’Surat Cara’ Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Kuala Lumpur. Sejarah cadangan penubuhan UIAM bermula pada tahun 1977 dengan […]

Pelancaran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

Published on :

20 Mei 1968 – Pada hari ini dalam tahun 1968, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau lebih dikenali sebagai BERNAMA telah dilancarkan oleh Menteri Penerangan , Dato’ Senu Abdul Rahman. Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung di ibu pejabat sementara BERNAMA di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur ( sekarang Jalan Tun Abdul Razak). Dasar BERNAMA adalah melaporkan berita […]

Universiti Kebangsaan Malaysia Ditubuhkan

Published on :

18 Mei 1970 – Pada hari ini dalam tahun 1970, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah ditubuhkan. Kampus sementaranya di bangunan bekas Maktab Perguruan Persekutuan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Sejarah penubuhannya bermula apabila Pendeta Za’ba menyuarakan pendapatnya agar sebuah universiti ditubuhkan melalui tulisannya di Akhbar Lembaga Melayu pada Mei 1917. Pendapat itu turut disokong seorang […]