Kuantan Di Isytihar Sebagai Ibu Negeri Pahang

Published on :

28 August 1955 – Pada hari ini dalam tahun 1955, Kuantan telah diisytiharkan sebagai ibu negeri Pahang. Perayaan ini dimulakan dengan upacara perbarisan khas di Padang Besar Kuantan. Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mus’tain Billah telah berkenan mencemar duli bagi upacara tabik hormat anggota-anggota […]

Campurtangan Inggeris Di Pahang

Published on :

24 August 1888 – Pada hari ini dalam tahun 1888, Sultan Pahang, Sultan Ahmad di dalam keadaan serba salah telah terpaksa menandatangani sepucuk surat meminta Inggeris memberi perlindungan ke atas Negeri Pahang seperti mana Inggeris memberi perlindungan ke atas Negeri Perak, Selangor dan Sungai Ujong. Akibat dari surat ini John P. Rodger telah dilantik menjadi […]

Bendahara Wan Ahmad Memakai Gelaran Sultan (Pahang)

Published on :

06 Ogos 1882 – Pada hari ini dalam tahun 1882, Bendahara Wan Ahmad, Bendahara Negeri Pahang telah mula memakai gelaran Sultan. Istiadat pemakaian gelaran Diraja ini telah diadakan secara rasmi pada 12 Disember 1884 di Pekan, Pahang. Baginda kemudian bergelar Sultan Ahmad AI-Muazam Shah. Dalam istiadat tersebut juga, isteri baginda, Tuan Besar Wan Fatimah yang […]

Persidangan Raja-Raja Melayu (DURBAR) Kedua

Published on :

20 Julai 1903 – Pada hari ini dalam tahun 1903, Persidangan Raja-raja Melayu atau Durbar kedua telah diadakan di Kuala Lumpur. Persidangan ini telah dihadiri oleh Sultan-sultan Melayu dan Pembesar-pembesar negeri. Antaranya Sultan Perak, Sultan Idris Mersid AI-Azam Shah; Sultan Selangor, Sultan Sulaiman Shah; Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, […]

Sidang Raja-Raja Melayu (DURBAR) Yang Pertama

Published on :

13 Julai 1897 – Pada hari ini dalam tahun 1897, Sidang Raja-raja Melayu atau Durbar yang pertama, telah diadakan di Istana Negara, Kuala Kangsar. Hadir di dalam Sidang Durbar ini ialah DYMM Sultan Perak, Sultan Idris; Sultan Pahang, Sultan Ahmad; Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad dan Yam Tuan Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad. Baginda Raja-raja Melayu […]