Kelahiran Tun Hussein Onn

Published on :

12 Februari 1922 – Tun Hussein bin Dato’ Seri Onn merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau dilihat sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam […]

Penubuhan Lembaga Perancang Keluarga Negara (LPKN)

Published on :

10 Jun 1966 – Pada hari ini dalam tahun 1966, YAB Timbalan Perdana Menteri Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah mengisytiharkan penubuhan Lembaga Perancang Keluarga Negara Malaysia (LPKN). Rang Undang-undang mengenai perancang keluarga telah dibentangkan di Parlimen pada bulan Mac 1966 dan diluluskan menjadi sebuah undang-undang dinamakan “Family Planning Act Bil. 42 Tahun […]

Pengumuman Dasar Kad Pengenalan Baru Tanah Melayu

Published on :

08 Jun 1958 – Pada hari ini dalam tahun 1958, Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Dato’ Abdul Razak Hussein telah mengumumkan mengenai pengeluaran kad pengenalan baru bagi pendududuk Persekutuan Tanah Melayu. Pengumuman ini telah dibuat oleh beliau ketika mengulas usul yang dibawa dalam perhimpunan Agong UMNO di Kuala Lumpur yang mencadangkan agar kerajaan mengawal […]

Tun Hussein Onn Meninggal Dunia

Published on :

29 Mei 1990 – Pada hari ini dalam tahun 1990, Y.A.B. Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga telah meninggal dunia di Pusat Rawatan Seaton, San Francisco, Amerika Syarikat pada pukul 7.15 pagi waktu Malaysia kerana sakit jantung pada usia 68 tahun. Jenazah Allahyarham Tun Hussein Onn telah diterbangkan semula ke tanah air dan diberi […]