KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa bekalan minyak dan bahan api negara kekal stabil dan selamat sekurang-kurangnya sehingga Jun 2026, walaupun berlaku konflik di Asia Barat yang menyebabkan harga minyak mentah melonjak.
Berucap di Kuala Lumpur-Ankara Dialogue 2026, Anwar menjelaskan bahawa Petronas telah membina hubungan kukuh dengan negara-negara pengeluar minyak lain. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden Iran Masoud Pezeshkian yang menjanjikan laluan selamat bagi kapal Malaysia melalui Selat Hormuz.
“Kita tidak menghadapi krisis dari segi bekalan. Mungkin ada sedikit gangguan harga bahan api, tetapi bekalan dijamin untuk beberapa bulan akan datang,” ujar beliau.
Walaupun Malaysia kini berstatus pengimport bersih bahan api, kerajaan komited memantau situasi dengan teliti dan bersedia mengambil langkah proaktif. Ini berita melegakan buat rakyat kerana kerajaan akan terus memastikan subsidi RON95 dan diesel diurus dengan cermat. Pakar ekonomi menasihatkan supaya semua pihak mengamalkan sikap berjimat cermat buat masa ini.
Anda mungkin juga suka: PM Anwar: Perpaduan & Kestabilan Bukti Kematangan Malaysia



