08 Jun 1958 – Pada tahun 1958, Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tun Abdul Razak Hussein telah mengumumkan mengenai pengeluaran kad pengenalan baru bagi penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Pengumuman ini telah dibuat oleh beliau ketika mengulas usul yang dibawa dalam perhimpunan Agong UMNO di Kuala Lumpur yang mencadangkan agar kerajaan mengawal kemasukan orang-orang asing ke Tanah Melayu dengan mengetatkan peraturan yang sedia ada.
Tun Abdul Razak juga telah menjelaskan bahawa dua jenis kad pengenalan yang diperkenalkan iaitu Kad Pengenalan Khas untuk warganegara Persekutuan Tanah Melayu dan Kad Pengenalan Khas untuk warga asing. Berikutan daripada itu juga kerajaan telah menerima dan akan melaksanakan cadangan–cadangan untuk memperbaiki undang-undang berkaitan kemasukan warga asing ke Persekutuan Tanah Melayu.
Berikutan daripada itu sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Tun Abdul Razak juga telah ditubuhkan untuk mengkaji hal berkaitan serta memberi perhatian kepada kedudukan Jabatan Imigresen bagi memelihara kepentingan rakyat negara ini sebagai rakyat di Tanahair yang bebas dan merdeka.
Sumber : Arkib Negara Malaysia
Baca Juga:
- Kertas Putih Rangka Perlembagaan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
- Pengumuman Dasar Kerakyatan Tanah Melayu
- Persekutuan Tanah Melayu Menjadi Ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
- Rombongan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu Berlepas Ke London
- Penyata Razak Diluluskan