Perlantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Yang Pertama

29 April 1898 – Pada hari ini dalam tahun 1898, Yam Tuan Besar Sri Menanti, Tuanku Muhamad Ibni Tuanku Antah telah dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. Perlantikan ini adalah berdasarkan persetujuan Inggeris dan Undang Yang Empat. Perlantikan ini juga merupakan satu langkah Kerajaan Inggeris untuk menyelesaikan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terutamanya penghulu-penghulu yang berfahaman konservatif yang mendakwa bahawa Yam Tuan Tuanku Muhamad adalah orang yang sepatutnya memerintah Kerajaan mengikut adat. selanjutnya

Perjanjian British-Jelebu

26 April 1877 – Pada hari ini dalam tahun 1877, satu perjanjian telah ditandatangani di antara Yamtuan Jelebu Tunku Abdullah bin Tuanku Radin dengan pihak British yang diwakili oleh Kolonel Anson. Perkara-perkaral yang dipersetujui dalam perjanjian ini ialah: selanjutnya

Perjanjian Sungai Ujung 1874

21 April 1874 – Pada hari ini dalam tahun 1874, Dato’Kelana Abd. Rahman Sungai Ujung dan Dato’ Muda Linggi telah menandatangani perjanjian menerima perlindungan British ke atas Sungai Ujung di hadapan Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Andrew Clarke di Singapura sebagai ganjaran pihak British mengakui beliau (Dato’ Kelana) sebagai pemerintah Sungai Ujung. selanjutnya

Cadangan Meletakkan Sri Menanti, Ulu Muar, Jempol Di Bawah Naungan British

13 April 1876 – Pada hari ini dalam tahun 1876, satu cadangan untuk meletakkan daerah Sri Menanti, Ulu Muar dan Jempol di bawah naungan kerajaan British telah dikemukakan oleh Sir F. W. Jervois, Gabenor Negeri-negeri Selat kepada Kerajaan British di London. Cadangan itu juga bertujuan untuk melantik seorang Penghulu (Malay Captain) yang disenangi oleh Inggeris dan disokong oleh kebanyakan Suku. selanjutnya

Penyatuan Rembau, Tampin, Sri Menanti

11 Mac 1889 – Pada hari ini dalam tahun 1889, satu perjumpaan telah diadakan di antara Sir Cecil Smith (Gabenor dan Ketua Turus Tanah jajahan dan Negeri-negeri Selat) dengan Pembesar-pembesar Jelebu, Sungai Ujong, Rembau, Sri Menanti dan Tampin. Dalam perjumpaan itu Rembau dan Tampin bersetuju untuk bergabung dengan Sri Menanti. selanjutnya