H. I. D. S. – Wawasan 2020 Diumumkan

wawasan 202028 Februari 1991 – Pada hari ini dalam tahun 1991, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan wawasan jangka panjang Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 pada Majlis Perdagangan Malaysia. Wawasan ini telah dibentangkan di dalam satu kertas kerja yang bertajuk ‘Malaysia- The Way Forward’ di mana di dalam kertas kerja tersebut terdapat pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Wawasan 2020 yang mengandungi sembilan cabaran ini merangkumi semua aspek kehidupan daripada segi moral, ekonomi, politik dan sosial. Teras utama dasar ini ialah pembangunan menyeluruh dengan memberi keutamaan kepada perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia. Keunikan mengenai wawasan ini ialah mengetengahkan acuan kemajuan berdasarkan acuan pemikiran rakyat Malaysia sendiri

Matlamat wawasan ini ialah untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 dan mencapai kemajuan yang seimbang dari segi fizikal dan rohani agar ia dapat melahirkan satu Bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen