H. I. D. S. – Upacara Pecah Tanah Akademi Badminton Malaysia (BAM)

23 April 1991 – Pada hari ini dalam tahun 1991, telah diadakan upacara pecah tanah Akademi Badminton Malaysia (BAM), yang dirasmikan oleh Isteri Perdana Menteri, Dato’ Sri Datin Paduka Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan meletakkan batu asas Akademi Badminton Malaysia di Taman Maluri, Cheras. Dr. Siti Hasmah bukan sekadar menjadi peminat dan penyokong setia kepada pasukan badminton malahan beliau juga mengetuai Pasukan Badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI).

Dalam perasmian tersebut beliau telah diringi oleh Presiden BAM, Tan Sri Elyas Omar. Dengan diiringi oleh Presiden BAM, Tan Sri Elyas Omar dan pengerusi MBF, Tunku Abdullah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman masuk ke kawasan pembinaan akademi dengan disambut meriah oleh skuad badminton negara yang menjulang raket masing-masing sebagai tanda penghormatan.

Diharap dengan adanya Akademi BAM akan dapat meningkatkan lagi mutu sukan badminton di negara ini.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen