H.I.D.S. – Tragedi Bencana Ombak Besar ’TSUNAMI’

Tanjungtokongwave26 Disember 2004 – Pada hari ini dalam tahun 2004, bencana ombak besar ’tsunami’ telah melanda negara-negara Asia terutamanya penduduk di antaranya ialah Malaysia, Acheh, Sri Lanka, India, Maldives, dan Thailand.

Di Malaysia, kawasan-kawasan yang terjejas ialah di persisiran pantai Pulau Pinang, Kedah, Perak, dan Perlis. Di Pulau Pinang kawasan yang terlibat ialah pantai Miami, Tanjong Tokong di Batu Feringgi, Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong, Teluk Bahang, Balik Pulau dan Pantai Kuala Bekah.

Di negeri Kedah, kawasan yang dilanda ’tsunami’ ialah Kota Kuala Muda dan perkampungan nelayan di Pulau Langkawi. Manakala kawasan di negeri Perak sekitar Tanjung Piandang dan Kuala Sanglang di Perlis turut terjejas.

Tragedi tersebut berpunca dari gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter di barat Sumatera dan di sifatkan paling dahsyat di dunia dalam tempoh 40 tahun. Gempa bumi yang berlaku di bawah dasar laut dengan gegaran dapat di rasai beribu-ribu kilometer jauhnya menyebabkan ombak besar berlaku pada paras kelajuan 700 kilometer sejam menyapu bersih bangunan, rumah-rumah dan sebagainya.

Angka mangsa yang terkorban dan hilang dalam tragedi ombak tsunami di Indonesia, Sri Lanka, India, Maldives, Somalia, Myanmar, Tazania, Bangladesh, Seychelles, Kenya dan Thailand ini dilaporkan berjumlah 216,858 orang termasuk 68 orang di Malaysia.

Sesungguhnya melalui tragedi ini, pelbagai pihak telah mengambil insiatif dengan menghulurkan bantuan kemanusiaan untuk meringankan beban yang di tanggung oleh mangsa-mangsa tsunami terutama di negara-nergara yang terlibat.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen