Suruhanjaya Cobbold Memulakan Tugas Di Kuching

suruhan jaya cobolt19 Februari 1962 – Pada hari ini dalam tahun 1962, Suruhanjaya Cobbold telah memulakan tugasnya untuk meninjau pendapat dan reaksi rakyat Sabah dan Sarawak terhadap gagasan Malaysia di Kuching. Pembentukan suruhanjaya ini adalah hasil daripada rundingan yang telah diadakan antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kerajaan British dalam bulan November 1961.

Suruhanjaya bebas ini terdiri daripada lima orang anggota dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank Negara). Dua orang wakil kerajaan British, Sir Anthony Abell dan Sir David Wetherston. Manakala dua orang anggota lagi terdiri daripada wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu iaitu Encik Ghazaki Shafie dan Datok Wong Pow Nee.

Tinjauan yang bermula pada bulan Februari dan tamat pada pertengahan bulan April 1962, telah berjumpa dengan lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum dan surat yang dikemukakan. Laporan Suruhanjaya Cobbold telah dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan British pada bulan Jun 1962.

Akhirnya pembentukan Malaysia telah berlangsung pada 16 September 1963. Ianya secara tidak langsung telah memberi kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak daripada belenggu penjajahan British.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen