H.I.D.S. – Skim Penempatan Terancang Yang Pertama Di Malaya Menerima Kumpulan Pertama Setinggan

Flag_of_the_Malaysian_Chinese_Association27 Oktober 1949 – Pada hari ini dalam tahun 1949, Skim Penempatan Terancang di Malaya yang pertama menerima kumpulan pertama setinggan. Ianya terletak di Mawai, Kota Tinggi, Johor. Skim Penempatan Terancang itu diwujudkan untuk menempatkan kaum Cina berikutan keputusan Kerajaan mengisytiharkan Darurat di Malaya.

Kerajaan menyedari anasir-anasir Komunis berjaya mempengaruhi sebilangan besar orang-orang Cina menyertai perjuangan mereka. Atas kesedaran dan daya usaha Parti Malayan Chinese Association (M.C.A) satu kawasan tanah pertanian seluas tiga ekar telah berjaya diperolehi daripada Kerajaan Negeri Johor dan belanja membuka kawasan ini dibiayai sepenuhnya oleh M.C.A. sendiri. Ia dibuka dengan kos sebanyak RM422,000 dan berkemampuan menampung seramai 2000 keluarga.

Sesungguhnya Skim Penempatan yang di buka di Mawai, Kota Tinggi, Johor pada hari ini dalam tahun 1949 bukan sahaja menjadi perintis kepada negeri-negeri lain untuk membuka kawasan penempatan masing-masing tetapi juga suatu langkah bijak untuk mengurangkan ancaman pengganas komunis.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen