Pusat Pengasingan Kusta Diwujudkan

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

05 Julai 1850 – Bidang kesihatan, merupakan tanggungjawab sosial kerajaan kepada masyarakat.  Dalam usaha mewujudkan masyarakat yang sihat dan demi kemajuan negara, pelbagai kemudahan kesihatan telah diwujudkan bertujuan mengawal, membasmi serta mencegah merebak sesuatu penyakit.

Pada hari ini 05.07.1850, Jabatan Kesihatan telah mewujudkan Pusat Pengasingan Kusta bertempat di Pulau Serimbun, Melaka. Pusat ini ditubuhkan bertujuan menjadi kawasan ini sebagai satu penempatan dan juga sebagai tempat rawatan bagi para pesakit kusta. Selain daripada penempatan-penempatan yang diwujudkan tersebut di atas, satu enakmen berkaitan dengan orang-orang kusta telah diluluskan pada 20 Oktober 1926, enakmen ini dikenali sebagai `Lepas Enactment’.

Pada tahun-tahun kemudian banyak lagi penempatan telah diwujudkan untuk menempatkan golongan pesakit ini seperti di Pulau Jerjak (1887), Setapak Camp (1893), Pulau Pangkor (1903), Tampoi (1927) dan Kota Bahru 1933 dan yang paling besar sekali penempatan ialah di Sungai Buloh. Dengan bantuan yang diberikan ini golongan yang mengidap penyakit kusta akan dapat bantuan yang sewajarnya, dan proses-proses rawatan dapat dijalankan dengan lebih lancar dan sistematik.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen