Pindaan Perlembagaan Negeri Sembilan Diluluskan Oleh Majlis Negeri Sembilan

27 Mac 1959 – Pada hari ini dalam tahun 1959, Majlis Negeri Sembilan telah meluluskan Pindaan Perlembagaan Negeri Sembilan. Majlis Negeri Sembilan yang lama akan dibubarkan pada 14 April 1959.

Pindaan utama di dalam Perlembagaan Negeri Sembilan ialah pembentukan Dewan Perundangan yang mempunyai 24 ahli dengan seorang Menteri Besar yang dipilih. Ia juga mewujudkan Dewan Keadilan dan Undang. Dewan ini akan memberi nasihat kepada pemerintah di dalam perkara-perkara yang dirujukkan kepada Dewan ini oleh Pemerintah dan Undang.

Dewan ini dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Pindaan Perlembagaan ini juga telah mengiktiraf perlantikan Dato Shahbandar, Sungai Ujong. Pindaan Perlembagaan Negeri Sembilan telah banyak membawa perubahan di dalam sistem pentadbiran Negeri Sembilan.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen