H. I. D. S. – Perubahan Waktu Persekutuan Tanah Melayu

31 Disember 1932 – Malaysia telah mengalami beberapa kali perubahan waktu yang dilakukan oleh pihak pemerentah bertujuan untuk menyesuaikan kepada keadaan dalam negeri ataupun kepentingan di peringkat antarabangsa.

Pada hari ini dalam tahun 1932, waktu Persekutuan Tanah Melayu diubah dari jam 11.40 malam kepada jam 12.00 malam. Perubahan waktu yang pertama kali ini menjadikan waktu Persekutuan Tanah Melayu 7 jam 20 minit lebih awal dari Waktu Greenwich. Pada 1 September 1941, sekali lagi waktu Persekutuan Tanah Melayu telah diubah untuk kali kedua dengan dipercepatkan 10 minit bagi menyelaraskan waktu tempatan dengan waktu antarabangsa.

Apabila Jepun memerintah negara ini pada tahun 1942, waktu Tanah Melayu ditukar mengikut waktu Tokyo iaitu 2 jam lebih awal hinggalah pada tahun 1945. Apabila Jepun kalah 1945, waktu Persekutuan Tanah Melayu digunakan semula sehinggalah pada 3 Disember 1981. Apabila Malaysia mempercepatkan waktu sebanyak 30 minit untuk menyeragam waktu dengan Sabah dan Sarawak.

Sesungguhnya perubahan waktu ini memberi erti yang besar dan bersejarah kepada rakyat Malaysia.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen