H.I.D.S – Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Telah Diluluskan

Lord Reid11 Julai 1957 – Pada  hari  ini  dalam  tahun 1957,  Perlembagaan  Persekutuan Tanah  Melayu  telah  diluluskan  oleh  Majlis  Mesyuarat  Perundangan  Persekutuan.  Usaha merangka  Perlembagaan  Persekutuan  Tanah  Melayu  yang  baru  ini  telah  dirangka  oleh  sebuah  Suruhanjaya  yang  dibentuk   hasil  daripada  lawatan  Setiausaha  Kerajaan British  dan  perbincangan  yang  telah  diadakan  bersama  Raja-raja  Melayu  serta  Menteri- Menteri  Perikatan  pada  bulan  Ogos  1955.

Suruhanjaya  yang  dipengerusikan  oleh Lord  Reid  dan  di anggotai  oleh  Sir  Ivor  Jennings,  Sir  William  Mckell,  B. Malik  dan  Hakim  Abdul  Hamid  telah  menyediakan  Kertas  Putih  Persekutuan  Tanah  Melayu  No. 15 tahun  1956  dan  telah  diterbitkan  pada  7  Mac  1956.

Antara  peruntukan-peruntukan  yang  terkandung  dalam  perlembagaan  ini  ialah  mengenai  pembentukan  sebuah Kerajaan  Pusat  dengan  kuasa  autonomi  diberikan  kepada tiap-tiap  negeri  dibawah  Persekutuan  Tanah  Melayu  dan  segala  urusan  perjalanan  pentadbiran  dilaksanakan  secara persetujuan  bersama.  Ianya  juga  menyatakan  tentang  kedudukan  Raja-raja  Melayu  sebagai  Raja  Berpelembagaan  bagi  negeri  masing-masing.

Sesungguhnya,  Perlembagaan yang  telah  diluluskan ini  telah  menjadi  asas  kepada  Perlembagaan  Kemerdekaan  Persekutuan  Tanah  Melayu  dan  pembentukan  Malaysia.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen