H.I.D.S. – Perjanjian Sempadan Province Wellesley-Negeri Kedah

2 November 1831 – Pada hari ini dalam tahun 1831, satu perjanjian yang menetukan sempadan Province Wellesley- Negeri Kedah ditandatangani di antara Robert Ibetson, Residen bagi Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, dengan Pemerintah Ligor, Si Thammarat sebagai wakil Raja Siam.

Perjanjian itu menggariskan bahawa sempadan yang dipersetujui ialah bermula dari Sematol di tebing selatan Sungai Kuala Muda berhampiran dengan sebatang jalan yang menghala ke Sungai Perai hinga ke pertengahan Sungai Perai menuju ke Kuala hingga ke hulu Sungai Sintok. Dari situ ia menuju ke arah timur hingga ke Bukit Mertajam, kemudian dari Bukit Mertajam melalui banjaran Bukit Berator hingga ke sebelah tebing utara Sungai Krian iaitu jarak lima orang di sebalik dan di sebelah timur Bukit Tunggal. Adalah juga dipersetujui supaya didirikan tiang-tiang sempadan daripada batu di tiga sempadan, iaitu di sempadan Sematul, di Sempadan Sungai Perai dan di Sempadan Sungai Krian.

Perjanjian ini adalah untuk mengesahkan dan melaksanakan kandungan Artikel 3 Perjanjian yang dibuat di antara Kerajaan British dengan Raja Siam Somdeth Phra Phuthi Chow Yu Hua. Dengan perjanjian ini, Siam yang dianggap oleh Inggeris sebagai penguasa ke atas kedah mengakui bahawa Province Wellesley adalah sebagai wilayah British dan tempat-tempat yang digariskan tadi sebagai sempadan-sempadannya.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen